Akhirnya Encik Ahmad Aiman lakiku telah update blognya setelah sekian lama menyepi.
Mentang2lah dah addicted dgn game wakwaka kat facebook, blog dia pon pakai template facebook.
Hwh. wakawakawakawaka
Akhirnya Encik Ahmad Aiman lakiku telah update blognya setelah sekian lama menyepi.
Mentang2lah dah addicted dgn game wakwaka kat facebook, blog dia pon pakai template facebook.
Hwh. wakawakawakawaka
Berehat seketika dr blogging.
Alasanku utk kali ini ialah:
Sekian jumpe lg di lain waktu.
Plan asal nak gi beli ayam daging dan rakan2 kat bandar hari ni, tapi tak jadi pergi.
So korek punya korek dlm freezer aku ada ikan dgn udang je. Baru semalam makan ikan, boring doh.
Lagipun rasa nak makan udang.
.
Nak masak yg express2, sbb byk sgt keje nak buat hr ni. Banyak lah sgt. Duk belek facebook je sapa ke ceroh. Aha, aku x balloh doh dgn facebook skrg.
Maka aku buat lah spaghetti tomyam kung n udang panggang ![]()
Sedap jugak walaupon express.
.
Spaghetti tom yam udang 2 org makan
Rebus spaghetti sampai lembut. Aku pakai spaghetti yg halus tuh, bukan yg saiz biasa tuh. Yg nama dia angel hair ke ape bende tah. Aha, angel hair rasanya.
Kenapa pakai spaghetti, kenapa tak pakai mee kuning or bihun je? Sebab dah habis lah sayang oi.
Tempoh memasak: 5 minit? Oh ya, aku rebus pakai air yg boil dlm kettle, memang lah cepat.
.
Utk tomyam expressku, rebus je air atas dapur, dgn cili sikit kalau nak pedas.
Pastu masukkan tomyam paste yg basah tu (yg Thai punya ok, kalau bukan yg Thai mcm x best lah). Aku bubuh byk jgk, dlm 4 atau 5 sudu gitu nak bagi dia ada ummppphh!
.
Then masukkan gula secukup rasa. Dan sedikit nampla. Kalu takdok nampla leh ganti dgn garam, tapi kurang lah sikit ummpphh dia.
Pastu aku masukkan fishball dan udang.
Kalu ada mushroom leh letak mushroom, lagi best. OOh oh yaa..and tomatoes too.
Tempoh memasak: 5 minit jugak? Oh ya, again, aku guna air yg rebus dlm kettle jugak. Patut lah cepat.
.
.
Udang panggang plak.
Alaa…letak je la udang tu bawah grill sampai dia masak. Apa susahnya.
Tempoh memasak: Tak ingat dah. 10 minit kot? Yg ni lama skit la sbb kene tunggu grill panas kan?
Weekend aku kali ini sangatlah tidak berhasil sangat.
Biasanya ada gak aku gi cuci mata kat bandar. Ataupun gi tambahkan stock JUNK dr carboot utk menyemakkan rumahku yg kecil ini. Tak pon gi beli ayam daging dan rakan2. Atau sekadar jogging2 itik kat tepi sungai.
.
Tapi kali ni aku duk diam2 je kat rumah.
Ditemani tilam dan bantal yg empuk.
.
Hari Sabtu bangun lewat giler. Bangun je, terus hantar email kat my sv nak tanya dia bila leh jumpa. Bukan nak jumpa sgt pon, tapi dah lama sgt aku mengelak dr dia. Takut dia ingat aku dah mati je.
Rupanya dia sangat lah bz next week. Kena gi US lah, pastu nak balik kampong lah apa lah. Fuh, lega. Maka cita2 aku untuk siapkan writing subtopic aku hilang begitu sahaja.
Mudoh sungguh.
.
Hari Ahad pulak tidur lama gila. Mana x lama nya, malam sebelum tu aku tak leh tidur. Allergic apa benda x tau gok, naik bedang meroh…apa lagi, menggaru lah all night.
Bila dah boring menggaru, aku telan ubat allergy sebijik…Huh, amik nok. Tidur mati. X ingat dunia.
Pkl 6 br bangun. 6 petang, mind you, bukan 6 pagi okay! Rasa malu pulak dgn Baby Sarah. Auntie dia tidur lg lama dr dia.
Not my fault. Siapa suruh pharmacy tu jual ubat allergy yg mengantukkan.
.
Namun begitu, walaupun weekend ku tak berhasil, tapi aku sooookaaa sangat…sbb dapat present best from laki aku yg henseemmmm tuh! Kene puji byk2, supaya lain kali dia bagi present lagi.
Dia tau aku amat gilakan Royal Albert. Mmg aku kumpul pon RA ni. Siap tulis blog lagi psl RA. Hehe. *Sengih sengih all day long*.
.

.
So for the rest of the day, keje aku ialah susun benda ni n droooool over them mcm apa je. Heh.
.
Hari jumaat lepas pon aku dapat hadiah best gak. Juga dr sweet sweet hubby. Ini dia. DSLR.
Hehe…dia tahu taste aku. Dah lah Olympus. Kecik pulak tu. Setakat yg aku baca, model ni SLR yg paling kecik yg ada dipasaran. Nampak la feminine skit. Tak suke yg gedabak.
Soookaa sgt!
.

.
SO lps ni leh kitorg sama2 jd photographers ![]()
Kalu gitu nanti siapa yg duk dpn camera jd model? Biasanya aku. Haiiyaa…problem2…Kene mikkir jugok ni.
Serious aku tak paham macamana orang boleh baca buku cerita.
Bukannya aku tak pernah baca buku cerita. Waktu budak2 dulu memang aku ni hantu buku cerita. Sian mak ayah aku kene spent beribu2 ringgit beli buku cerita utk aku. Mmg buku cerita was my life lah waktu tu. Cannot live without org panggey. But I was young…I didn’t know any better. Haha. Poyo jer.
.
Neway, Aku ade sebab jugak kenapa tak suka baca buku cerita.
Buku cerita kan mcam kecik gitu. Bukan mcm buku text (although buku text laaaagilah aku takkan baca) yg bila kita bukak buku itu dia akan stay mcm tu. Buku cerita ni kene pegang dgn dua belah tangan baru boleh nampak tulisan dia n baca dengan selesa. Ingat aku ni robot ke apa nak pegang buku dgn 2 belah tgn berjam2 gitu?
.
Pastu kan aku sampai sekarang tak jumpa lagi position terbaik untuk baca buku. Kalau baca sambil baring, sah2 tangan aku kena pegang buku tu dr bawah. Maka darah takkan mengalir ke jari jemari ku yg kat atas tu kan? Kalau x paham, ce korang position kan tangan sendiri. Dah dapat gambarannya?
.
Pastu kalau baca sambil duduk nyatok atas kerusi, kepala aku pulak yg kene tunduk ke bawah utk baca buku tu kan? Sakit leher ku oii. Takkan nak angkat buku tu sama level dgn mata aku, lenguh lah!
.
Pastu satu lagi, aku tension sgt memikirkan rupa watak2 dalam cerita tu. Semua kena guna imagination sendiri, so sampai bila2 aku tak tau imagination aku tuh betol ke tak. Saaaampailah ade orang buat movie pasal cerita tu baru aku akan tau betul ke tidak. Tapi pernah ke aku baca buku dulu baru tgk movie? Biasanya aku akan tunguuuu je saaampai org buat movie, without reading buku dia. Hampeh sungguh.
.
Tapi baru ni aku baca sebuah buku bertajuk Can You Keep A Secret? Dah lama dah pon cerita ni. Mula2 taknak baca, sbb rasa mcm shallow je cerita dia. Ala mcm style buku2 chicklit gitu. Aku dah la nyampah sungguh dgn org2 yg style gedix yg cakap style manja2 gitu…darl lah…dearie lah…xoxo lah…daaa lah…n yg gaya pon mcm victims of fashion and tak habis2 bershopping shopping n shopping. Heh, sorry, tercerita benda lain pulak. Tapi lepas ramai yg recommend, review dia pon mcm best, aku pon baca. Rupanya cerita dia okay je, tak la shallow, mcm romcom lah…n kelakar sgt sgt. Sian laki aku kena hidup dgn org gila sementara mcm aku ni, duk ngilaa sorang2 mcm apa je.
.
Aku asyik duk bayangkan si Emma tuh rupa mcm alaa siapa nama dia yg si Bridget Jones tuh haa…sbb watak dia mcm sama. Cuma aku nak la si Emma ni kurus sikit dr Bridget Jones. After all, dia size 12 je pon, takde lah gemok mana. Ye la aku pon pakai bj size 10, kdg2 pakai jugak size 12 (hey, size 8 muat je lah dgn aku cuma mcm figure hugging sgt so tak nak lah pakai kan). so agak2 badan dia lebih kurang aku je kot. Tapi susah sungguh nak meng’kurus’kan orang dalam imagination aku…Ingat nak suruh dia gi gym ke aerobics ke, tapi takde masa lah…tgh syok sgt membaca.
.
Pastu si Jack tu pulak, tak pasal2 aku imagine muka dia mcm Richard Branson. Mungkin sbb diorg sama2 millionaire kot. Tapi si Branson tuh punya lah tua, so aku tanak lah hero cerita tu tua sgt kan. So aku paksa otak aku utk me’muda’kan si Jack tuh. Huh, letih sungguh baca buku cerita kali ni. Tapi takpe, hatiku sudah terhibur.

Ingatkan duk negara orang putih ni, kulit aku pon jadi putih jugak lah. Rupanya2 musim winter je aku putih sikit. Sikit je pon. Tu pun sbb duk berkurung dlm bilik dibawah selimutku yg berlapis2, sambil memakai snow cap. Memang pancaran matahari pon pening tak tau nak masuk kut celoh mana utk menghitamkan aku. Tapi musim summer begini kembali hitam lah apa lagi. Kakiku yg berbelang2 ini pun dah jadi mcm bendera Pahang.
.
Ingatkan duk negara yg takde nyamuk ni, takde lah menggaru sokmo. Rupenye kene garu jugok. Sisik ikan kerapu pun tak kering mcm kulit aku. At least kalau nyamuk leh spray dgn ridsect. kulit kering spray dgn mousturiser je lah. pastu kene lumur pulak. aduh. malas sungguh.
.
Ingatkan duk negara british ni aku leh cakap dlm accent british gak arr…hehh…khoyal sungguh. tapi aku gi supermarket ada pulak makcik n pakcik bangla tanya aku kat mana nak cari makanan bangladesh. bila aku jawab tak tahu, diorang boleh pulak kata “Oh, sorry. I thought you were from Bangladesh”. Adakah kerana accent ku atau muka ku? Confuse. Harapnya by the time balik for good nanti ada lah orang tegur aku n say “Oh sorry, I thought you were from England”. Haha. Dalam mimpi.
.
Ingatkan sbb aku tak pandai masak n Mama pun takdok disini utk masak utkku, maka aku akan jd kurus kerekek. Rupanya manusia ni mcm binatang jugak, ada survival instinct. Hmm…koho rajin la aku massok…semata2 nak penuhi selera makan ku ini.
.
Tapi one thing has changed for sure. Aku lebih reti nak menghargai benda2 yg melayu. Ye lah, dulu bende2 mcm ikan masin ke, sotong kering ke, kerang bakar ke, buoh mok tae ke, buoh settor ke aku wak donno je. Even buoh pauh pon aku tak layan kat Mesia dulu atas sebab kebelengasannya. Sekarang baru rasa betapa bestnye bende2 tu semua. Hari2 aku makan ikan masin hok tok tua aku bwk hari tu. And kalu boleh semua nasi2 aku nk bungkus dalam daun pisang (Tibber daun pisang??!!). Kalu gi ke supermarket, buoh pertama yg aku akan cari is buoh pauh. haha. Tibber rindu ke buoh pauh.
Mujo muka laki aku masih melayu. Yg tu aku kena belajar menghargai dari sekarang sebelum ada orang tegur dia kat supermarket ingatkan dia dr bangla jugak.
.
Pastu ade ke patut aku duk buat list tempat2 aku nak bergambar bila balik ke Mesia nanti. Antaranya tempat tunggu bas dpn rmh aku, petaling street, pantai2 kat terengganu, uia (haha! i’ve always hated uia, skrg nak bergambar kat uia, sabar je), even tugu negara pon berjaya masuk senarai.
.
Hmm…to think there were so many things I took for granted…
Longest lah kot sbb tepek gambar je sampai 44 keping.
Begini cerita nya.
Hati ini sebenarnya meronta-ronta nak update blog tiap2 hari, namun apakan daya, saya malas.
So, aku nak cerita version pendek je lah apa activity aku sepanjang bulan lepas.

Jogging kat sungai yg byk boat house. Cik Mun sorg je yg jogging (uhuk uhuk batuk skit).

Main benda ni. Seronot I tell yew…

Nak main frisbee betul2 tapi takut anjing plak yg kejar. So letak atas kepala pon jadi lah.

Main cak cak kat celah bunga tulip. Jangkit dgn Cik Mun, si peminat tulip.
Bagi makan kat swan.
Tgk gambar ni teringat kat cerita The Ugly Duckling. Hok paka spec mata sengih sorang tu lah kot yg ugly duckling nye.

Berlatih melompat utk sukan olympic kat London nanti tahun 2012. Aku lompat paling tinggi yer…ngeheee..

Lepas cium bunga, kene senyum, sbb happy bunga cantek.

Misi mengangkat Big Ben. Namun tidak berjaya.

Tengok cermin kat tube station.

Lepas cium bunga cam biasa kene senyum sbb…dah cakap dah kan tadi.
Activity yg ni x pelik lah.

Lepas makan aku excercise dgn memakai roller skates sambil tolak budak dalam trolley.
Mujo Hannan tu cute. Kalau tak cute mesti aku suruh dia tolak n aku duk dlm trolley
For my next ‘long’ entry, tunggu lah next month pulak ye ![]()
Piyer laaah sanggup tunggu lame gitu mer…

Yang belah kanan tu Sarah Adnin namanya.
Yang belah kiri tu tak yah intro pon takpe coz dah tak laku anyway.
Hmm…dah la tidur lama gila mengalahkan baby, kechubbyan pipiku pon mengalahkan baby jugak.
Apa nak jadi ni???
It’s been almost a month since aku hantar draft chapter aku. dan sampai sekarang masih ‘bercuti’ lagi. (Bukan ke memang tiap2 hari aku bercuti?). Nak cari mood untuk start writing my next chapter ni tapi bileeeeeelah Encik ‘Mood’ tu nak turun dr langit. Huh! Bukan apa, aku ni makin lama makin bosan dah dengan law law ni dan segala benda yg dicipta oleh manusia. Pikir2 balik apsal lah aku amik law? Padahal cita-cita asal aku belajar law kat UIA dlu sbb nak belajar shariah. Pastu waktu nak amik masters dlu pon aku nak amik dlm bidang ilmu wahyu. Huh…sgt menyampah dah dgn segala yg man-made sekarang ni. Lagilah takde mood nak study. Nak tukar course la..amik ilmu wahyu ke, sains ke…sabar areej…satu-satu okay…siapkan yg ini dlu walaupun dan boring tahap dewa baca benda samaaaaa je tiap hari. *screams*
The only cure is…you guessed it…food! And of course, better still…daydreaming about food! Lalalala…*sigh*
Hah…semalam best gile makan ayam BBQ. Mula2 makan 2 ketul. Tu pun dah kira banyak la kot bagi org saiz cam aku. Kebanyakan org assume aku makan sikit…tak tau kenapa. Tapi semalam semua boleh saksikan sendiri kehebatan selera makanku. Sebenarnya niat dihatiku nak diet la sikit2 sbb nak save perut utk balik Mesia nanti. (Senarai makanan wanted aku dah panjang gilos. Siap lah Mama nanti kena masak byk2 utk aku. Ayoh pon tak ketinggalan. Selain dr itu semua restoran2 dan gerai2 sekitar KL dan Terengganu kene bersedia lah dengan my frequent visits. Law cafe di IIUM pon ada dlm senarai - thanks to Adindaku Muniey kerana mengingatkanku akan kesedapan makanan disana). Ye la, aku dah kira dah, kalau convert duit RM ke pound sure murah gilos…ley makan byk2. Bayangkan sekali makan nasi kat gerai2 baru lebih kurang RM5-6…tu baru satu pound, makcik oiii!!! Boleh order 10 pinggan tuh! Yay!
Ok kembali kpd cerita semalam. Kak Sha cakap nak makan kena lah consistent, kalau skrg ni makan sikit, balik Mesia nanti br nak makan byk kang jd serupa belon lah aku. Dah la musim winter waktu tu nanti tertukar pulak antara aku dgn sang tupai yg nak hibernate waktu tu. Maka atas nasihat Kak Sha itu, aku tanpa segan silu gobble-gobble lagi 2 ketul ayam. Heh, alasan je tu. Aku sebenarnya tunggu je green light utk tambah lagi.
Sekian cerita minah yg tgh seeh perut.

Tidur je manjang baby ni. Sleeping beauty betol. Macam Auntie Areej dia jugak lah kot ![]()
Tibber rasa nak anak sendiri…hehe baru ada perasaan.